Friday, 5 April 2013

Tinta SpM 2012--> TatKala matAhaRi menGantuK

Entah kenapa, setiap hari pabila aku menjeling-jeling gambar ini, sayu hatiku...
Entah kenapa, setiap kali sebelum tidur, pabila atap zinkku sibuk dihentam air hujan...
Aku akan teringatkan saat-saat aku bersama kawan-kawanku di sekolah...



Di kelas suasana lain..
Begitu juga di surau..
Tidak kurang juga ketika beriadah..

Apabila azan maghrib berkumandang, teringat lagi betapa rileksnya aku dan kawan-kawan meniarap atas katil. Tidak menghiraukan masa yang semakin masa berlalu.

Apabila warden asrama datang, baru lah semua kelam-kabut menarik tuala di ampaian tetapi masih menuju ke bilik air dengan 'slumber'nya.

Di surau, walaupun 'air-cond' sibuk bergetar-getar, meluahkan hawanya yang sejuk dingin, namun hangatnya masih terasa. Mana tidaknya, surau bertukar menjadi pasar malam setiap kali habis sembahyang. Tetapi, tidak kurang juga yang tidur, kepenatan hasil sehari belajar dan bermain.




Selepas solat isyak, waktu yang paling menggembirakan bagi aku. Selesai sahaja solat, terus aku bergegas dan memakai selipar, menuju ke kelas tersayang aku. 5 MAJU

Tetapi, sudah kebiasaan, bukan aku yang pertama sampai. Sudah menjadi kemestian. Namun, kadang-kadang aku tersenyum melihat kawanku tidur di kelas sebaik sahaja kembali dari surau. Penat sangat nampaknya.

Saat yang aku paling suka apabila belajar bersama-sama dengan mereka. Saat mereka datang dan bertanyakan aku soalan. Walaupun aku risau sebab mungkin aku tiada jawapannya, namun itu tidak meruntuhkan semangat aku. Bahkan, mereka yang sebenarnya membantu aku untuk memahami perkara yang aku masih belum faham.





Suasana di kelas mula hangat apabila tiba waktu untuk tamatkan masa prep. Pelbagai karenah yang dapat dilihat. Sesetengah sudah hilang dek kelaparan tahap melampau. Sesetengah mulakan program mereka yang berikutnya, "mengambil angin" di bawah pohon di hadapan Dataran Maju, berbekalkan alat canggih masa kini yang bergelar "HANDPHONE".

Pada saat ini lah, aku dan beberapa temanku akan ke kantin atau dewan makan dan mencuba nasib kami dengan makanan tersebut. Mengapa aku berkata 'nasib'? Hal ini kerana di dewan makan, ada kalanya kami disediakan dengan makanan yang 'perform', ada kalanya membuatkan kami tidak mahu masuk terus dan mengubah haluan ke kantin.

Di kantin pula, lain halnya. Dengan bilangan pelajar yang hampir mencecah 900 orang, kami terpaksa mengorak langkah menyelit-nyelit bersama pelajar junior. Beratur-ratur membeli burger.. Sistem 'first come first serve' memainkan peranan.

Kembali di kelas, kami menyambung pelajaran. Berbekalkan beberapa kawan yang handal, kami bersatu-padu, membuat 'study group'. Tidak kurang dari 10 orang di dalam kelas. Yang lain hanya tanda nama di kelas, namun jasad dan roh sudah bertemankan katil.



Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Pungguk pun sudah mengantuk namun tidak kami. Perkataan mengantuk sudah tidak wujud dalam kamus dewan kami ketika waktu malam. Pada saat ini lah, apa yang dinantikan telah tiba..

SPASSIAN BAND







Nama yang sudah tidak asing lagi bagi sekolah kami. Dengan ketuanya Arif The Spas dan ahli-ahlinya, Broad, Mas-mas, Pelin, Zamir, Marul, Razak dan yang-yang lain, kelas kini bergelar pusat karaoke. Bukan kerana mereka itu band penyanyi, tetapi mereka itulah penggamit suasana di tengah malam.

Mencubit 'babat', melempar telur ketika menyambut 'Befday', berkejar-kejaran seperti dikejar Hantu Kak Limah sudah menjadi hobi mereka. Dengan mereka, hidup aku di sekolah tidak pernah sunyi. Walaupun kadang-kadang aku tidak puas hati dengan apa yang mereka buat, namun aku pendamkan kerana aku fikir, merekalah yang sentiasa membuatkan aku gelak ketawa dan tersenyum.

THANK YOU GAISSS






Saturday, 16 February 2013

Antara Roh dan JAsad~



" Jasad kita memerlukan makanan. Oleh sebab itu, setiap hari kita harus makan. Bermula dengan sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Apabila perut kita kenyang, maka sudah menjadi lazimnya jasad kita akan sentiasa sihat. Pernahkan kita terfikir berapa lamakah jasad kita dapat bertahan daripada lapar??? Sesetengah kajian mengatakan jasad (perut) kita dapat bertahan 3 hari tanpa makanan. Ini bermakna selepas 3 hari, kemungkinan besar maut akan mendatang jika masih lagi tidak diisi makanan."





"Ketika makan juga, beberapa perkara mestilah diutamakan terutamanya jenis-jenis makanan. Makanan yang baik dapat membentuk tubuh yang sihat. Dengan makan makanan yang baik juga, kita akan mendapat banyak lagi faedah seperti dimakbulkan doa, dapat menghindari diri daripada penyakit-penyakit berbahaya dan sebagainya. Sebaliknya, makan makanan yang tidak baik akan mendatangkan kesan-kesan buruk."




" Roh kita pula bagaimana?? Sama seperti jasad, roh kita juga memerlukan makanan. Tetapi, bayangkan roh kita tidak diberikan makanan dalam jangka masa yang agak lama, maka roh itu akan memberontak. Pemberontakan roh tersebut akan mempengaruhi jasad seseorang itu. Maka, apabila roh itu memberontak, banyaklah perkara-perkara yang tidak baik akan dilakukan."





"Oleh sebab itu juga, roh kita mestilah diberikan makanan yang baik-baik. Amalkan menghadiri majlis-majlis agama, mendengar bacaaan ayat-ayat suci Al-Quran, basahkan lidah kita dengan zikrullah dan melakukan amal-amal ibadat. Insya-allah, roh yang baik akan menjadikan kita menjadi seorang yang mulia."




 "Jasad kita ini akan luput dimakan dek ulat di kubur namun roh kitalah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak"



-Wassalam-



Thursday, 7 February 2013

Hati~

Apa Kata Ustaz








" Kalau mengikut contoh yang senang dalam kehidupan, hati kita ini ibarat lori yang membawa timah. Jika berlaku kemalangan dan lori itu terbalik, maka yang keluar daripada lori itu adalah timah itu sendiri dan bukannya kekacang, beras atau lain-lain. "

" Sama macam hati kita. Apabila hati kita diisi dengan perkara-perkara yang baik, maka baiklah perkara yang akan kita lakukan dan bukannya perkara yang buruk. "

-Ustaz Khairul-






Daripada Ma'qal bin Yassar r.a berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
" Hati Al-Quran ialah surah Yassin; ia tidaklah dibaca oleh seseorang semata-mata mengharapkan keredhaan Allah dan hari akhirat melainkan diampunkan oleh Allah dan hari akhirat melainkan Surah Yassin kepada orang yang nazak dan setelah meninggal dunia. "






" Sesungguhnya syaitan itu meletakkan belalainya di atas hati anak Adam. Apabila anak Adam berdzikir, syaitan itu akan berundur dan apabila anak Adam itu lupa kepada Allah, syaitan itu akan mengunyah hatinya. "





" Wahai Tuhanku! Lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku dan bukalah simpulan dari lidahku supaya mereka faham ucapanku. "

Iman~

Apa Kata Ustaz







" Iman ini ibarat tanah yang lapang. Kalau kita tidak menjaga tanah itu sebaik-baiknya, maka tumbuhlah lalang. Kemudian tumbuhlah pokok-pokok renek. Kemudian tumbuhlah pokok-pokok besar. Lama-kelamaan, lengkaplah tanah itu menjadi hutan. Apabila menjadi hutan, maka banyaklah binatang-binatang liar seperti ular, harimau dan lain-lain tinggal...."

" Sama seperti iman kita. Kalau kita tidak menjaganya dengan baik, lama-kelamaan iman kita akan menjadi tempat untuk perkara-perkara yang buruk. Maka, rosaklah iman kita"

-Ustaz Amin-

Wednesday, 6 February 2013

IbU~

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu


Lagu gubahan seniman tanah air kita ini masih lagi didendangkan di corong-corong radio tempatan...

Allahyarham  P.Ramlee..( Al-Fatihah )

satu nama yang masih terngiang-ngiang di telinga...
satu nama yang masih tersohor di seluruh dunia...
satu nama yang mencetuskan fenomena...
satu nama yang tidak pernah hilang ditelan zaman masa...

tapi bukan itu yang hendak diceritakan di sini...
bukan namanya...
bukan biodatanya...
tetapi hasil karyanya...
nukilannya...
gubahannya...
lagunya...
yang bertajuk "ibu"...


Ibu..
satu perkataan yang sangat bermakna dalam setiap kehidupan...
seorang yang telah melahirkan pemimpin-pemimpin handalan...
seorang yang telah melahirkan ulama-ulama terkenal...
seorang yang telah melahirkan para doktor yang berjasa...
seorang yang telah melahirkan jurutera..membina kemajuan negara...
dan banyak lagi...

Ibu..
yang telah menjagaku sejak kecil hingga dewasa...
tanpa mengenal penat lelah...
tanpa mengenal erti jemu...
tanpa mengenal perkataan putus asa...
semasa kecil...ketika aku dibuai mimpi...dia masih jaga...
ketika aku bersenang..dia masih bekerja...

Ibu..
hidupmu tiada terbatas...
memberi tak minta di balas..
ingin dibinanya..
untuk aku...
kehidupan sempurna...
bagi menghadapi cabaran semasa...
yang sentiasa bergelora...


Ibu..
tangan yang menggoncang dunia...
saat aku jatuh..
dia lah yang menghulurkan tangan...
saat aku menangis...
dia lah yang menghilangkan kesedihan itu...
saat aku di ambang kejayaan...
dia lah yang mendoakannya...

Ibu..
jasamu akan dikenang selagi hayat dikandung badan...
tidak pernah sesaat aku melupakanmu...
akan aku balas jasamu dengan kejayaan...
akan aku ubah nasib kita ini...
ini satu janji...







Ingatlah...selagi kita masih bernyawa...janganlah dilupakan mereka...
Ingatlah...walaupun mereka sudah tiada...mereka tetap di hati kita...
Ingatlah...setiap kali mereka marah...bukan bermakna mereka bencikan kita...
Tetapi... mereka sebenarnya sayangkan kita...



Mengapa dunia sekarang semakin kejam...
Ada anak-anak yang tidak menghiraukan ibu...
Ada anak-anak yang tidak mengaku ibu...
Ada anak-anak yang menduakan ibu...
Malah...
Ada anak-anak yang memukul ibu mereka sendiri...



Sedarlah...
Hidup ini hanyalah sementara...
Ibarat seorang perantau...
Yang hanya singgah di dunia untuk mencari bekalan...
Yang kekal...hanyalah Di SANA...



Marilah...
Sama-sama kita mendoakan ibu kita...
Kucuplah mereka selagi mereka masih bernyawa...
Bukan hanya ketika Hari Ibu sahaja...
Apa lagi yang hendak dilakukan apabila nisan batu menjadi tugu...
Kain putih menutupi tubuh...
nasi sudah menjadi bubur...





"Ya Allah, ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"
Amin...