Entah kenapa, setiap kali sebelum tidur, pabila atap zinkku sibuk dihentam air hujan...
Aku akan teringatkan saat-saat aku bersama kawan-kawanku di sekolah...
Di kelas suasana lain..
Begitu juga di surau..
Tidak kurang juga ketika beriadah..
Apabila azan maghrib berkumandang, teringat lagi betapa rileksnya aku dan kawan-kawan meniarap atas katil. Tidak menghiraukan masa yang semakin masa berlalu.
Apabila warden asrama datang, baru lah semua kelam-kabut menarik tuala di ampaian tetapi masih menuju ke bilik air dengan 'slumber'nya.
Di surau, walaupun 'air-cond' sibuk bergetar-getar, meluahkan hawanya yang sejuk dingin, namun hangatnya masih terasa. Mana tidaknya, surau bertukar menjadi pasar malam setiap kali habis sembahyang. Tetapi, tidak kurang juga yang tidur, kepenatan hasil sehari belajar dan bermain.
Selepas solat isyak, waktu yang paling menggembirakan bagi aku. Selesai sahaja solat, terus aku bergegas dan memakai selipar, menuju ke kelas tersayang aku. 5 MAJU
Tetapi, sudah kebiasaan, bukan aku yang pertama sampai. Sudah menjadi kemestian. Namun, kadang-kadang aku tersenyum melihat kawanku tidur di kelas sebaik sahaja kembali dari surau. Penat sangat nampaknya.
Saat yang aku paling suka apabila belajar bersama-sama dengan mereka. Saat mereka datang dan bertanyakan aku soalan. Walaupun aku risau sebab mungkin aku tiada jawapannya, namun itu tidak meruntuhkan semangat aku. Bahkan, mereka yang sebenarnya membantu aku untuk memahami perkara yang aku masih belum faham.
Suasana di kelas mula hangat apabila tiba waktu untuk tamatkan masa prep. Pelbagai karenah yang dapat dilihat. Sesetengah sudah hilang dek kelaparan tahap melampau. Sesetengah mulakan program mereka yang berikutnya, "mengambil angin" di bawah pohon di hadapan Dataran Maju, berbekalkan alat canggih masa kini yang bergelar "HANDPHONE".
Pada saat ini lah, aku dan beberapa temanku akan ke kantin atau dewan makan dan mencuba nasib kami dengan makanan tersebut. Mengapa aku berkata 'nasib'? Hal ini kerana di dewan makan, ada kalanya kami disediakan dengan makanan yang 'perform', ada kalanya membuatkan kami tidak mahu masuk terus dan mengubah haluan ke kantin.
Di kantin pula, lain halnya. Dengan bilangan pelajar yang hampir mencecah 900 orang, kami terpaksa mengorak langkah menyelit-nyelit bersama pelajar junior. Beratur-ratur membeli burger.. Sistem 'first come first serve' memainkan peranan.
Kembali di kelas, kami menyambung pelajaran. Berbekalkan beberapa kawan yang handal, kami bersatu-padu, membuat 'study group'. Tidak kurang dari 10 orang di dalam kelas. Yang lain hanya tanda nama di kelas, namun jasad dan roh sudah bertemankan katil.
Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Pungguk pun sudah mengantuk namun tidak kami. Perkataan mengantuk sudah tidak wujud dalam kamus dewan kami ketika waktu malam. Pada saat ini lah, apa yang dinantikan telah tiba..
SPASSIAN BAND
Nama yang sudah tidak asing lagi bagi sekolah kami. Dengan ketuanya Arif The Spas dan ahli-ahlinya, Broad, Mas-mas, Pelin, Zamir, Marul, Razak dan yang-yang lain, kelas kini bergelar pusat karaoke. Bukan kerana mereka itu band penyanyi, tetapi mereka itulah penggamit suasana di tengah malam.
Mencubit 'babat', melempar telur ketika menyambut 'Befday', berkejar-kejaran seperti dikejar Hantu Kak Limah sudah menjadi hobi mereka. Dengan mereka, hidup aku di sekolah tidak pernah sunyi. Walaupun kadang-kadang aku tidak puas hati dengan apa yang mereka buat, namun aku pendamkan kerana aku fikir, merekalah yang sentiasa membuatkan aku gelak ketawa dan tersenyum.
THANK YOU GAISSS









