" Jasad kita memerlukan makanan. Oleh sebab itu, setiap hari kita harus makan. Bermula dengan sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Apabila perut kita kenyang, maka sudah menjadi lazimnya jasad kita akan sentiasa sihat. Pernahkan kita terfikir berapa lamakah jasad kita dapat bertahan daripada lapar??? Sesetengah kajian mengatakan jasad (perut) kita dapat bertahan 3 hari tanpa makanan. Ini bermakna selepas 3 hari, kemungkinan besar maut akan mendatang jika masih lagi tidak diisi makanan."
"Ketika makan juga, beberapa perkara mestilah diutamakan terutamanya jenis-jenis makanan. Makanan yang baik dapat membentuk tubuh yang sihat. Dengan makan makanan yang baik juga, kita akan mendapat banyak lagi faedah seperti dimakbulkan doa, dapat menghindari diri daripada penyakit-penyakit berbahaya dan sebagainya. Sebaliknya, makan makanan yang tidak baik akan mendatangkan kesan-kesan buruk."
" Roh kita pula bagaimana?? Sama seperti jasad, roh kita juga memerlukan makanan. Tetapi, bayangkan roh kita tidak diberikan makanan dalam jangka masa yang agak lama, maka roh itu akan memberontak. Pemberontakan roh tersebut akan mempengaruhi jasad seseorang itu. Maka, apabila roh itu memberontak, banyaklah perkara-perkara yang tidak baik akan dilakukan."
"Oleh sebab itu juga, roh kita mestilah diberikan makanan yang baik-baik. Amalkan menghadiri majlis-majlis agama, mendengar bacaaan ayat-ayat suci Al-Quran, basahkan lidah kita dengan zikrullah dan melakukan amal-amal ibadat. Insya-allah, roh yang baik akan menjadikan kita menjadi seorang yang mulia."
"Jasad kita ini akan luput dimakan dek ulat di kubur namun roh kitalah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak"
-Wassalam-

No comments:
Post a Comment