Apa Kata Orang-orang Tua
Pisang merupakan antara buahan tempatan di Malaysia yang menjadi kegemaran ramai...Namun, mungkin masih ada rakyat yang tidak mengetahui tentang kegunaan pisang...
1. pisang goreng- pisang goreng memang sedap dimakan..namun sesetengah orang sedar akan kesulitan yang dialami ketika menggoreng pisang...pisang yang digoreng biasanya melekat pada kuali...oleh itu, untuk menghindari masalah ini, campur sedikit cuka ke dalam tepung..tinggalkan untuk seketika dan pisang siap untuk digoreng.
2. daun pisang- kerap kali kita mengalami kesusahan dalam membasuh pinggan kerana terdapat kesan-kesan degil yang terlekat di pinggan tersebut seperti lemak-lemak..oleh itu, rendam pinggan-pinggan yang dilekati dengan lemak di dalam air yang mengandungi daun pisang yang telah dihancurkan terlebih dahulu..tunggu seketika..pinggan-pinggan boleh dibasuh dan dibilas.
3. seseorang yang baru habis beriadah akan berpeluh dengan banyak..kadang-kadang, peluh tersebut akan menyebabkan gatal-gatal di bahagian badan...untuk menghilangkan gatal-gatal tersebut, wapkan sehelai daun pisang di atas wap nasi..kemudian, letakkan daun pisang yang panas tadi ke tempat yang gatal..
~Selamat Mencuba~

No comments:
Post a Comment